Kehidupan peribadi Eina_Azman

Eina merupakan anak bongsu daripada lima beradik.[3]Pada 31 Ogos 2014, Eina sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Majlis perkahwinan yang berlangsung pada 9.00 malam Ahad di Grand Hyatt Kuala Lumpur diadakan begitu mewah dengan bertemakan konsep Bollywood. Eina yang baru berusia 19 tahun pada waktu itu telah menerima wang hantaran bernilai RM 77,000, sebuah kereta Chevrolet Camaro dan juga gelaran “Datin Paduka”. [4]

Pada 19 Februari 2016, Eina selamat melahirkan anak kembar (perempuan dan lelaki) setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga. Cahaya mata Eina dan suami diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.[5]

Eina bersekolah sehingga Tingkatan 2, beliau memutuskan untuk belajar di rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian tanpa memperoleh kelayakan akademik seperti SPM dan A-level.[petikan diperlukan]